Kutipan Antarabangsa Kabali

Kabali telah mengutip telah sebanyak RM63 juta(AS$16 juta) pada hari pertama. Kabali merupakan kutipan hari pertama terbesar di India. Kabali telah mengutip RM155 juta(AS$40 juta) pada hujung minggu pertama, satu lagi rekod yang merupakan terbesar di India. Selepas empat minggu, Kabali telah mengutip RM181 juta(AS$45.6 juta) di seluruh dunia.

India

Kabali telah mengutip RM45 juta(AS$11.6 juta) pada hari pertama di India. Selepas tiga hari, Kabali telah mengutip RM89 juta(AS$23 juta), RM175 juta(AS$44.8 juta) selepas 28 hari.

Luar India

Kabali telah mengutip RM28.5 juta(AS$6.4 juta) pada hari pertama di rantau antarabangsa. Di Malaysia, Kabali telah mengutip RM6.7 juta(AS$1.5 juta) pada hari pertama. Di Amerika Syarikat, Kabali telah mengutip RM12 juta(AS$2.7 juta) pada hari pertama. Selepas tiga minggu, Kabali telah mengutip RM114 juta(AS$25.6 juta) di kawasan luar India. Di Malaysia, Kabali telah mengutip lebih daripada RM16.5 juta(AS$3.75 juta). Kabali telah tercatat sebagai kutipan terbesar bagi filem India di Malaysia. Di Amerika Syarikat, Kabali telah mengutip RM21 juta(AS$5.4 juta) dan juga tercatat sebagai kutipan terbesar filem Tamil di sana. Kabali juga merupakan filem India selatan pertama yang mengutip lebih daripada ₹100 kror di luar India.

Berkaitan